Rabu, 26 Oktober 2011

AdaKah eSoK



ADAKAH ESOK

     Berbekalkan dua buku roti dan segelas jus tebu, aku berniat untuk beri’tiqaf di MASJID SOLEH AL-JA’FARI sambil menunggu sahabat mengaji. Beberapa minit selepas membuka kitab Syamai’l Muhammadiyah,aku terdengar “SHOLLU A’LA HAZA AL MAIT”. Tersentak diri yang sering alpa ini. Sejak awal memasuki masjid tidak perasan akan aku sekujur jenazah di hadapan.

      Buat pertama kalinya aku menyembahyangkan jenazah di bumi Mesir ini. Seorang anak melayu tersisip di kelompok jemaah arab. Bukan untuk di bangga, tetapi terdetik BILA PULA MASA AKU. Terbayang kelak akan menyendiri di sana.

      Seusai solat jenazah, melihat aku akan para jemaah berebut mengusung jenazah ke dalam van. Lalu menyambung akan aku menelaah kitab Syamai’l Muhammadiyah. Kali ini aku menalaah di luar masjid. Beberapa minit lg, berhentilah sebuah van di hadapan pintu pagar masjid. Sekujur lagi jenazah di keluarkan untuk di solatkan.

SUBAHANALLAH!!! . . .


dua kematian berlaku di hadapan aku dalam satu hari. Di jemput akan kesemua hadirin yang berada di sekitar masjid untuk menyembahyangkan jenazah kedua tadi.


                Oh Tuhan!!! . . .

Adakah esok masa aku di mandikan?
Adakah esok masa aku di solatkan?
Adakah esok masa aku di kebumikan?


Kejadian ini berlaku pada 25 oktober 2011 selepas solat zohor di masjid Soleh Al Ja’fari . . .

wallahu a'lam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan